Sejarah Penubuhan Ultras_Malaya

Ultras Malaya atau lebih dikenali sebagai UM07 (Ultras Malaya - 07) telah ditubuhkan pada tahun 2007 oleh beberapa penyokong tempatan yang telah bergabung denganpenyokong fanatik. Ultras Malaya pada mulanya hanya mempunyaiseramai lebih kurang 20 penyokong setia terdiri daripada Capo (ketua), Curva crew - CC (pembantu ketua) dan Komrad (ahli). Mereka membentuk Ultras Malaya ketika pasukan Malaysia menghadapi Piala Asia 2007 yang diadakan di Malaysia. Walaupun pasukan kebangsaan Malaysiatidak mampu memberikan prestasi yang terbaik, Ultras Malaya masihsetia menyokong pasukan kebangsaan.

Semenjak penubuhannya, walaupun prestasi skuad Malaysia terumbang-ambing, UM07 terus setia memberikan sokongan walau di mana sahaja skuad Malaysia berada.Selepas kegagalan pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri di AFC Asian Cup 2011, Malaysia tidak mempunyai banyak penyokong kerana prestasi yang sangat mengecewakan. Pada masa itu, UM07mempunyai lebih kurang 50 penyokong dan masih setia dan terus memberikan sokongan kepada skuad negara.

Selepas pasukan Malaysia berjaya meraih pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2009, senario bola sepak Malaysia telah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini dengan lebih banyak penambahbaikan dibuat dalam Liga Super Malaysia. Kebanyakan peminat mula menyertaiUM07 untuk menunjukkan sokongan kepada skuad negara.

Rujukan

WikiPedia: Ultras_Malaya http://www.astroawani.com/berita-sukan/curva-ultra... https://www.blogmazeer.com/2017/10/tmj-mahu-jumpa-... https://www.facebook.com/ultrasmalaya2007 https://www.foxsportsasia.com/football/asian-footb... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.bharian.com.my/node/81524 https://www.hmetro.com.my/arena/2017/08/259244/sun... https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/09/15/d... https://www.mstar.com.my/sukan/2017/08/29/final-ta... https://www.ultrasmalaya.com.my